“Abah Layan Sama Seperti Anak Sendiri, Saya Anak Yatim Piatu, ”-Nik Mohd Adhar
Mana tidaknya, gambar yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di akaun Facebooknya membuatkan warganet sebak kerana terkenangkan kasih seorang bapa.
Mener.usi lapo.ran dari Sin.ar Harian, Nik Mohd Adh.ar yang berusia 22 tahun itu memaklumkan bahawa dia merupakan anak yati.m piatu dan sudah dibesarkan oleh bapa saudara, Abdul Aziz Ya’acob, 60 serta isterinya Rosmawati Ismail, 53 sejak kecil lagi.
“Abah, bapa saudara saya,”
“Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun,” katanya.
Tambah Nik Adhar, ibu dan bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi sudah menganggapnya seperti anak mereka sendiri dan dia juga memanggil warga emas itu dengan panggilan mak dan abah.
Menurutnya, ketika kejadian, dia memang sudah tidak berapa sihat sejak tiga hari yang lalu. Bapa saudaranya melulu ke dalam barisan setelah kali kedua dia rebah.
“Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah.
“Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” katanya.
Difahamkan, pemuda tersebut berasal dari Tumpat Kelantan dan sedang bertugas di Tawau Sabah.
Momen mengharukan tersebut juga telah mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang mengakui terkejut apabila gambar-gambar yang tular adalah anak angkatnya yang pernah bersekolah di Sekolah Geting Tumpat dan segera menghubungi pemuda itu untuk bertanya khabar.
Sejak petang tadi, gambar-gambar seorang lelaki warga emas berlari mendapatkan anak saudaranya yang rebah ketika berada dalam perbarisan kawad untuk Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang tular di media sosial.
Gambar menyentuh hati yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu mendapat perhatian banyak pihak sehingga ramai yang akui sebak melihat momen bersejarah tersebut.
Rupanya bapa saudara yang berlari kaki ayam
Merujuk kepada laporan dari Berita Harian, ramai yang menyangkakan bahawa lelaki yang rebah adalah anak kepada warga emas terbabit namun sebenarnya adalah anak saudara yang sudah kematian orang tua dikenali sebagai Nik Mohd Asdhar .
Dapat dilihat yang bapa saudara kepada Nik Mohd Asdhar berlari tanpa memakai kasut demi menampung tubuh pemuda itu yang beberapa kali rebah sewaktu perbarisan sebelum bantuan perubatan tiba.
Memang ramai sebak
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hidayatul Hannani yang turut berada di lokasi perbarisan juga sempat berkongsi video ketika situasi cukup sebak itu berlaku sehingga membuatkan ramai yang bergenang air mata.
Sudah kehilangan ibu bapa sejak kecil
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki memaklumkan di laman Facebook miliknya dengan meluahkan rasa tidak sangka bahawa pemuda yang rebah itu adalah anak angkatnya yang kini sedang bertugas di KPDNHEP Tawau, Sabah.
Menurutnya, Nik Mohd Adhar telah kehilangan orang tua sejak di bangku sekolah lagi dan warga emas yang memapahnya sewaktu pitam adalah bapa saudara yang dikenali sebagai Abdul Aziz Ya’acob.
Tambahnya, beliau baru sahaja menghubungi Nik Adhar yang difahamkan kurang sihat sewaktu perbarisan tersebut.
Semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan kepada Nik Muhd Adhar dan ribuan penghargaan kepada bapa saudara yang sangat mengasihi dirinya.
Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut
Posting Komentar untuk "“Abah Layan Sama Seperti Anak Sendiri, Saya Anak Yatim Piatu, ”-Nik Mohd Adhar"