Baru saja umum berita gembira untuk dapatkan anak, Sekali Ini Pula terjadi pada isteri Achey mohon doa ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Hasanah di laman Instagramnya semalam, dia memohon maaf jika dia pernah melakukan kesalahan kepada umum sebelum dia menajalani tersebut.
Ujar Hasanah, hasil pemeriksaan doktor sebelum ini mendapati dia dan Achey tidak mempunyai sebarang masalah namun, selepas doktor mengatakan dia perlu membuang tube fallopiannya itu kerana sudah tersekat.
Tambahnya lagi, Achey tidak dapat menemaninya sepanjang menjalani pembedahan di hospital atas urusan kerja yang tak dapat dielakkan.
Difahamkan juga, menurut perkongsian Achey di laman Instagramnya, isterinya itu sudah selesai menjalani pembedahan namun masih dalam bilik pembedahan untuk dipantau oleh doktor.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar kesihatan Hasanah kembali stabil seperti sebelum ini dan menitipkan kata-kata semangat buat pasangan tersebut untuk terus kuat dalam mendapatkan zuriat.
Sebelum ini, sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36 tahun, pelawak Achey Bocey menerima hadiah istimewa daripada isterinya yang melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai usaha mendapatkan zuriat kandung.
Sumber: Instagram @acheykintangkintung, @anne_achey_.
Posting Komentar untuk "Baru saja umum berita gembira untuk dapatkan anak, Sekali Ini Pula terjadi pada isteri Achey mohon doa ramai."