Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Bapa Rogol Anak Hingga Hamil Dijel 32 Tahun, 20 Sebatan

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga hamil pada tahun lepas.






Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap juruteknik berusia 42 tahun itu selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya ketika berumur 12 tahun.M



Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 12 September 2019.









Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Hayat Muhamad. – Bernama


Posting Komentar untuk "Bapa Rogol Anak Hingga Hamil Dijel 32 Tahun, 20 Sebatan"