Bergelek Hingga Terima Kec4man Ramai, Baby Shima Minta Jangan Sibuk Hal Syurga Ner4ka ....
Bergelek Hingga Terima Kec4man Ramai, Baby Shima Minta Jangan Sibuk Hal Syurga Ner4ka Dia
Video penyanyi terkenal, Baby Shima yang bergelek ketika rumah terbuka sambutan hari raya tempoh hari telah mendapat kec4man ramai.
Mana tidaknya, video yang dikongsikan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima binti Ramli, 30 di aplikasi TikTok itu menuai pelbagai kritlkan kerana tindakannya bergelek seakan ‘mencem4rkan’ majlis rumah terbuka Syawal tersebut.
Walaupun Shima menaflkan hal tersebut dengan mengatakan yang dia cuba menari zapin mengikut rentak lagu namun tersilap langkah serta sudut pandang kamera yang memperlihatkannya seolah-olah bergelek.
Surat terbuka buat Baby Shima
Oleh sebab itu, dia telah menerima pelbagai kritlkan serta satu surat terbuka yang ditulis oleh seorang pendakwah bebas menegur posting-posting yang dilakukan oleh Baby Shima di media sosial.
Menerusi laman Facebook Ustaz Dai Fuad Mokhtar & Sahabat, beliau telah menegur dengan lembut penyanyi yang turut mencipta nama di negara seberang.
Culture’ hiburan berbeza
Menurutnya, beliau faham yang Baby Shima sudah pun berada di dalam industri seni di kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Namun, sebagai penghibur, seharusnya Shima mengetahui bahawa ‘culture’ hiburan di dua negara ini berbeza dan di Malaysia agamanya dijaga oleh Mufti serta ada perundangannya.
“Saya selalu turun berdakwah di Indonesia dan saya tahu pasaran hiburan disana berbeza. Disana hiburan mereka lebih berani malah terkadang menyambut israk mikraj pun ada yang sanggup menari.”
“Disini, adab dan Suasananya masih cantik terpelihara. Hiburan juga masih lagi santun dan menjaga kemuliaan diri wanita. Namun semenjak dua menjak ini naik kembali di peranti telefon bimbit saya aduan dan nasihat orang ramai terhadap keberanian saudari dalam mengetengahkan hasil seni yang kurang cermat,” tulisnya.
Posting Komentar untuk "Bergelek Hingga Terima Kec4man Ramai, Baby Shima Minta Jangan Sibuk Hal Syurga Ner4ka ...."