Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pakai Lamborghini, usahawan kosmetik ‘geram’ Langkawi tiada minyak mahal

Jika sebelum ini, tular seorang usahawan kosmetik dari Kelantan yang mengidam mahu menaiki sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini, kini Ayunie dan rakannya, Cikna dilihat santai bercuti di sebuah pusat peranginan iaitu Pulau Langkawi.

Dalam pada itu, mereka turut berkongsi memori percutian sewaktu membawa kereta mewah tersebut di sekitar pulau berkenaan.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Kenapa eh Langkawi ada minyak murah je?

Bagaimanapun, perkongsian satu video daripada Cikna di laman TikToknya telah membuatkan netizen geram dan ‘panas hati’ sebaik sahaja mendengar luahan hatinya ketika bercuti di Langkawi.

Menerusi video dimuat naik, Cikna meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat mengisi minyak ‘mahal’ sewaktu berada di sana. Malah, dia turut mempersoalkan orang Langkawi tidak mengisi minyak mahal memandangkan hanya ada minyak RON95 sahaja disana.

Cikna berkata, dia sudah mencari di merata-rata tempat stesen minyak di sana, namun tidak ada satu pun yang menawarkan minyak yang bersesuaian dengan kereta Lamborghini miliknya.

“Cikna tengah geram tau tak? Cikna kat Langkawi ni tak ada minyak mahal. Yang ada cuma minyak 95 sahaja. Banyak dah stesen minyak Cikna pergi, tapi tak ada.

“Kereta Cikna ni kan dia macam berlagak sikit. Dia tak minum minyak murah-murah ni. Dia minum minyak 97, 916, 999 kemudian 100. Tapi, kat Langkawi tak ada. Memang orang Langkawi tak isi minyak mahal ke?”katanya.

Kenapa eh langkawi ade minyak murah je? Memang org langkawi xisi ke minyak 916? Geram tau cikna cari minyak xjumpa

Harta dunia ni sementara je

Perkongsian itu menerima perlian daripada warganet dengan mengatakan usahawan tersebut kelihatan riak dengan apa yang dimilikinya.

Orang tanya je bukannya berlagak kaya

Melihat di laman Insta Story milik usahawan tersebut, Cikna atau dikenali Farhana Zahra memberitahu dirinya tidak faham punca ramai mengecam perbuatannya itu sedangkan dia hanya bertanya soalan mengenai stesen minyak.

Sumber: TikTok farhanazahra91, Instagram farhana_zahra91

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Posting Komentar untuk "Pakai Lamborghini, usahawan kosmetik ‘geram’ Langkawi tiada minyak mahal"