Suami selisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, ini keadaan lsteri di negara jiran
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
“Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.
“Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu…
“…Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini,” kata waris memaklumkan mereka turut melakukan solat sunat hajat.
Malah, dia juga tidak pasti jika terdapat pihak tidak berpuas hati dengan Rosnazirah berhubung perniagaan selain ibu bapa mangsa masih bersedih dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima laporan dan sedang menyiasat selain menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi .
Menerusi pemerhatian di media sosial, rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular sejak pagi tadi sehingga meraih pelbagai reaksi warganet.
“Peringatan aku nak cakap kepada faunder² jamu atau pengeluaran prodak mekap yang rajin buat video tunjuk kesenangan tu berhati² sbb ada mata yang melihat….manusia ni demi pitih macam² cara depa buat…semoga si pelaku tu terima akibat harap² yang kena culik tu dlm keadaan selamat hanya doa ja mampu allah maha melihat dan mengetahui” – Che Sa
“Bukan kes culik biaso2 ni. Mcm hok kito beso dengar budok2 keno culik. Tengok ko umur, pahtu di umoh pulok. Mesti ado kes dendam ko gapo ni.. Gapo2 pun tunggu siasatan polis.” – Ezra
“Mangsa tak boleh nak buat apa,kalau lawan balik dengan senjata,sesilap mangsa pulak yang salah.tu yang penjenayah makin berani sekarang ni.” – Spark
“Sebab tu org kaya la ni jangan dok tunjuk sangt kekayaan tu..ada org dengki/busuk hati tak pon cemburu..depa nok jugk kaya dengan cara mudah la tu..colek lepas tu ugut nok duit..tkut la nok pakai brg kemas besq la ni..umah pon tok brani nok bukak pintu ikut dan je..macam² kejadian jenayah yg kita dengr sekarang ni..” – Leza
Perselisihan antara ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca utama seorang wanita yang merupakan ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu pada 13 September lalu.
Dalam laporan dari Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan yang siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.
Susulan daripada itu, pihak polis sudahpun menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita semalam bagi membantu siasatan.
“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.
“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya.
Terdahulu, seorang ejen kosmetik telah dilarikan dari rumahnya oleh sekumpulan lelaki bersenjata selepas menjawab salam dari mereka di pintu rumah.
Ketika itu, bapa mangsa dan anaknya berada di dalam rumah tidak dapat berbuat apa-apa kerana salah seorang daripada suspek mengacukan pisau ke arah warga emas terbabit.
Dari maklumat kenalan mereka, wanita terbabit dipercayai dibawa lari ke sempadan negara menggunakan bot.
Tonton Video:
Sumber OMM
Posting Komentar untuk "Suami selisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, ini keadaan lsteri di negara jiran"