Zul Huzaimy S0und Haqiem Stopa Depan2, Siap Mengaji Kt Telinga ‘Penat Aku Bersih Nama Bdk Motor’
Itu kata-kata pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy yang tetap rasional apabila berdepan Ikon Permotoran Negara ini dalam satu program di MAEPS, Serdang pada Sabtu lalu.
Kata Zul Huzaimy, biarpun kurang menyenangi sikap Haqiem Stopa yang dikatakan mer0sakkan imej ‘mat moto’, namun pelakon filem Remp-It itu tetap memberikan kata-kata positif.
Dikenali dengan watak Spark, Zul Huzaimy mulanya kelihatan selamba ‘menyekolahkan’ Haqiem Stopa secara berdepan apabila menjelaskan dia sudah bertahun-tahun membersihkan nama ‘mat moto’ yang tercem4r.
Namun selepas sesi nasihat terhadap Haqiem Stopa, pelakon terkenal ini dilihat memberi motivasi terhadap Haqiem Stopa apabila meminta pengikutnya tidak berterusan ‘memusuhi’ pemuda ini.
” Lu pergi mana-mana ‘event’ pun semua hen-tam lu. Betul?
” Kenapa semua hen-tam dia? Sebab apa? Dia manusia bro? Dia bukannya bin4tang.
” Dia tak lahir ikut pokok kelapa, dia lahir dari emaknya, dari ayahnya…berbin. Ada keluarga. Kita sahabat permotoran, kenapa mesti h1na dia?
” Dengar semua. Tak kisah siapa sekalipun. Agama apa kita sekalipun. Bangsa apa kita sekalipun. Orang ini….kau ingat hari ini aku bagi jaminan.
” Kalau kau buat baik kepada semua budak motor, semua akan sayang kau,” katanya seakan gaya karakter Spark sambil disambut dengan sorakan oleh pengikutnya.
Menerusi akaun Tik Tok @kilattt ini, Zul Huzaimy meletakkan kepercayaan Haqiem Stopa akan ingat kata-kata yang diucapkannya.
” Kami semua budak-budak motor akan sokong bagi semangat untuk Haqiem Stopa teruskan perjuangan dalam dua roda,” kata Zul Huzaimy lagu.
Respon Haqiem Stopa
Sementara itu, Haqiem Stopa berterima kasih terhadap Zul Huzaimy atas kata-kata nasihatnya.
” Untuk yang lain saya cuba memberikan yang terbaik. Minta maaf kalau ada salah silap.
” Yang lepas biarlah lepas kita buka buku baru,” katanya.
Terdahulu pemuda berusia 22 tahun ini diangkat sebagai Ikon Permotoran Negara oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Mei lalu.
Gelaran itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pelumba negara kerana populariti Haqiem menewaskan pengalaman pelumba-pelumba negara yang sebelum ini pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman, Affendi Rosli dan ramai lagi.
Dia turut menjadi perhatian ramai apabila memperlekeh pengguna Yamaha Y15ZR yang tidak membuat sebarang modifikasi serta mencabar untuk bertemu dengannya di lebuh raya.
Haqiem Stopa juga disaman polis kerana tidak mempunyai lesen memandu selain memperlekeh mereka yang tidak mempunyai kereta jenama Audi.
Haqiem amat popular di media sosial, dengan 800,000 pengikut di TikTok. Anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini menguruskan perniagaan mencetak baju jenama Stopa dan usahasama dengan bengkel dan syarikat hiburan.
Bagaimanapun, kemalangan dua tahun lalu memberi kesan sehingga hari ini.
” Kaki saya dah tak berfungsi dengan baik…Insya-Allah saya cuba untuk sembuhkannya tapi perlukan kos tinggi dan masa untuk sembuh agak lama,” katanya, yang sudah menerima “silver button” selepas mendapat 100,000 pengikut di YouTube.
Haqiem sedar masyarakat masih mencurigai dirinya. Pesannya kepada pelajar tempoh hari, harta dunia dan populariti tidak mampu membeli rasa hormat orang ramai.
” Awak nak tak (jadi macam saya)? Kaki patah, popular, tapi kena kecam walaupun ada duit,” katanya.
Sedar tak layak jadi ‘ikon’
Menjawab kritikan warganet selepas Wan Ahmad Fayhsal memujinya sebagai “ikon permotoran negara”, Haqiem menjelaskan dia sedar siapa dirinya dan tidak minta dipuji sebegitu rupa.
Malah, beliau tidak pun memakai dan menjaja gelaran itu.
” Memang ikon permotoran selayaknya adalah orang berbakti kepada negara bukanlah saya,” katanya. Beliau menganggap sambil menjelaskan Wan Ahmad Fayhsal sekadar berseloroh menggelarnya ikon.
” Orang lain terlalu mengambil serius. Dekat Facebook semua orang ambil serius. (Orang tanya) kenapa dia? Kenapa dia? Sedangkan kita pun memang tak layak.
Tanpa gelaran ikon pun, Haqiem berkata dia tetap bekerja seperti biasa.
” Benda itu sekadar bualan saja. Kita pun tak boleh buat apa. Orang ulang-ulang ‘ikon permotoran, ikon permotoran’ tak habis-habis,” katanya.
Sumber:hmetr0 dan freemalaysiatoday
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Posting Komentar untuk "Zul Huzaimy S0und Haqiem Stopa Depan2, Siap Mengaji Kt Telinga ‘Penat Aku Bersih Nama Bdk Motor’"