Dibandingkan Vokal Dengan Siti Nurhaliza, Shila Amzah Beritahu Kenapa Dia Tak Suka
Tindakan segelintir peminat yang membandingkan Shila Amzah dengan penyanyi lain ternyata mengundang rasa kurang senang pemilik lagu Memori Tercipta itu.
Hentikan perbalahan
Semuanya bermula apabila seorang individu dipercayai peminat setia Shila yang mengeluarkan kenyataan vokal penyanyi tersebut mampu menamatkan kerjaya penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza.
Tweet tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menganggap ianya sebagai satu perbandingan melampau.
Peka dengan isu yang sedang hangat diperkatakan netizen, peserta Gegar Vaganza musim ke-9, Shila Amzah, bagaimanapun memohon individu yang terlibat untuk memadam tweet yang mencetus provokasi.
Kalau anda peminat sebenar, hentikan perkara (membandingkan) ini serta merta. Ayuh raikan semua bakat yang ada.
Peminat sebenar atau tidak?
hasil carian pengguna media sosial, individu yang melakukan provokasi tersebut dikatakan bukanlah peminat sebenar kerana tidak mengikuti Shila Amzah di Twitter. Malah, peminat yang sebenar tidak akan membandingkan artis kesayangan mereka dengan penyanyi lain.
Difahamkan individu terbabit telah pun tampil memohon maaf.
Pengalaman mengajar Shila Amzah jadi lebih matang… ‘tak kuasa’ melayan komen netizen terus pertikai penyertaannya dalam GV
SEMAKIN matang berdepan cabaran sebagai seorang anak seni, penyanyi Shila Amzah berkata dia kini memilih untuk tidak membaca sebarang komen negatif yang ditulis netizen di laman sosial.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata ini termasuklah komen netizen yang masih tidak berpuas hati dengan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).
“Syukur Alhamdulillah untuk GV kali ini saya sudah betul-betul sudah tidak membaca lagi komen netizen.
“Sebelum ini saya masih membaca komen mereka kerana kadang-kadang di sebalik komen itu terselit satu dua nasihat yang baik.
Shila tidak membaca komen netizen yang tidak berpuas hati dengan penyertaannya di GV9.
“Kini saya tidak membaca kerana ia agak menakutkan. Siapa yang memberi komen negatif saya tidak lagi peduli kerana apa-apa pun rezeki kita terletak di tangan tuhan,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini mengakui dirinya lebih matang dalam menilai sesuatu perkara berbanding ketika dia masih ‘berdarah muda’ dahulu.
“Sudah tentu sikap kematangan mengajar saya untuk lebih tenang. Saya membesar di mata umum dan ia tidak mudah bagi saya.
Menginjak usia 32 tahun, sudah matang untuk tidak melayan komen negatif.
“Saya menjadi dewasa ini di mata masyarakat. Di kala saya mula dikecam seawal kemunculan platform media sosial kira-kira 11 tahun yang lalu.
“Pada ketika itu saya masih terlalu mentah dan tidak matang untuk menggunakan sosial media,” katanya.
Sumber: Shila Amzah
Posting Komentar untuk "Dibandingkan Vokal Dengan Siti Nurhaliza, Shila Amzah Beritahu Kenapa Dia Tak Suka"