Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Mungkin itu amalan anak ketika hidup..” Bapa tenteram bila tahu jenazah anak duduk dalam keadaan sempurna

KOTA TINGGI – “Hati saya tenteram bila dapat tahu jenazah anak dalam keadaan sempurna, ” luah bapa Allahyarham Nurul Nazihah, 28 yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi.




RAKAMAN VIDEO TEMUBUAL BAPA ADA DI BAWAH SEKALI 




 Kamalul Arifin Ahmad 66 berkata dia menerima maklumat tentang kemalangan itu kira-kira pukul 8 malam, namun pada awalnya tidak tahu anaknya terbakar dalam kejadian itu.




  Katanya arwah anak keempat dalam keluarga merupakan seorang yang amat tegas dalam bab agama.

“Saya memang sudah lama hendak pergi menunaikan umrah ketika usia 50 tahun namun ketika itu ada komitmen terhadap anak-anak. Perjalanan umrah kami ini dirancang oleh isteri dan arwah tiga empat bulan yang lepas.

“Arwah juga tahu saya memang sudah lama hendak pergi umrah. Arwah juga ada menambah duit untuk kos umrah saya dan isteri. Kami pergi berempat saya, arwah, suami arwah dan isteri.

“Arwah juga sempat membeli buah zuriat di Makkah. Sejak berkahwin tiga tahun lalu arwah dan suami belum dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.

Sementara itu, sepupu mangsa, Nur Izzah Atikah Jamaludin, 28 berkata suami mangsa masih berada dalam keadaan trauma dengan insiden yang berlaku sehingga mengigau menyebut nama isterinya malam tadi.

“Kami sepupu rapat sejak kecil lagi jadi mangsa memang ceritakan semuanya kepada saya apa berlaku. Menurut suaminya ketika kejadian arwah tidak dapat selamatkan diri kerana tersepit.

“Namun suaminya tetap berusaha untuk menyelamatkan arwah. Ekoran keadaan api yang semakin marak arwah meminta suaminya keluar menyelamatkan diri.

“Suaminya diselamatkan orang ramai dengan keluar melalui pintu belakang kereta dan turut alami melecur di muka. Mereka pasangan suami isteri yang sangat kelakar memang ralat bila dapat tahu kejadian yang menimpa arwah,” katanya.

Terdahulu dua maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

Tonton Video Temubual : 

Sumber Kosmo

Posting Komentar untuk "“Mungkin itu amalan anak ketika hidup..” Bapa tenteram bila tahu jenazah anak duduk dalam keadaan sempurna"