Terbongkar......Semua Ini Alasannya š±š±āBersepah-sepah tempat orang meniaga benda yg hampir samaā-Kec0h Makcik Nasi Lemak āviralā, Fahrin Ahmad Luah Pendapat Buat Ramai Setuju
Semalam kecoh di media sosial tentang peniaga nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang ādiugutā oleh seorang lelaki dan wanita, gara-gara menjual menu serupa.Menurut perakam video tersebut, mereka membuka gerai di lokasi berkenaan atas permintaan pelanggan.
Namun begitu, jawapan tersebut tidak disenangi oleh ātaukeā pesaingnya sekali gus mengundang kecaman netizen.
Esok nak pergi beli dekat mak cik yang kena marah ni
Atas dasar simpati terhadap peniaga yang tak semena-mena diugut dalam klip video berkenaan, seorang pemilik akaun Twitter menyatakan hasrat untuk beri tanda sokongan dengan membeli nasi lemak daripadanya.
Tak cukup dengan itu, Mohammad Faeez Harith juga mahu berkongsi makanan tersebut dengan mana-mana individu yang menegurnya di sana.
Kedai mak cik yang kena marah tak bukaā¦yang tukang marah buka, ada kereta Wira putih sebelah kedai dia
Namun sebaik tiba di lokasi kejadian sekitar pagi tadi, Mohammad Faeez mendapati gerai tersebut tidak dibuka.
Sebaliknya, cuma penjual nasi lemak yang muncul dalam video viral semalam saja berniaga hari ini.
Namun bagi mengelakkan sebarang konfrontasi, lelaki tersebut membeli sarapan di kawasan lain sahaja. Di samping itu, dia turut menyeru masyarakat agar mengambil iktibar sahaja daripada insiden kecoh semalam.
Lepas Ugut Orang Sebelah Tutup Gerai, Peniaga Nasi Lemak āViralā Kini Disaman?
Nak tutup periuk nasi orangā¦akhirnya kena kat diri sendiri, plus bayar saman
Terbaru, difahamkan gerai milik peniaga tersebut telah diserbu oleh pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula.
Melalui foto kiriman netizen yang dimuat naik ke Instagram mStar Online, penjual nasi lemak tersebut juga diminta bayar sejumlah saman namun tidak diperincikan atas kesalahan apa.
Fahrin Ahmad Luah Pendapat Buat Ramai Setuju
SUSULAN video tular memaparkan dua peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur bertengkar kerana menjual menu sama menarik perhatian ramai netizen termasuklah pelakon Fahrin Ahmad.
Berkongsi pandangannya mengenai isu ini, Fahrin, 43, berpendapat tindakan menghalang peniaga lain mencari rezeki di lokasi yang sama adalah tidak wajar.
Tambahnya, peniaga perlulah bersaing secara sihat kerana jika makanan dijual sedap dan berkualiti maka tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka.
āEntah apa-apa, kalau peniaga masing-masing masak sedap, harga bagus, kualiti bagus apa nak takut⦠apa nak halang,ā katanya.
Fahrin menulis pendapatnya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online Office.
Sedih menonton rakaman video yang tular itu, Fahrin berkata dia kecewa apabila melihat ada peniaga dalam kalangan bangsa sendiri mudah cemburu dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.
Fahrin tampil menyuarakan pendapatnya.
Dalam hal ini, Fahrin berpendapat peniaga haruslah bijak menyusun strategi bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka.
āStesen minyak banyak sahaja jenama yang buka bersebelahan, harga minyak semua sama. Tiada pula tauke mereka bergaduh buat aduan suruh kerajaan tutup.
āBersepah-sepah tempat orang meniaga benda yang hampir sama, sedih betul tengok peniaga bangsa sendiri macam ini,ā ujarnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan komen terhadap kelakuan wanita itu yang dikatakan tidak percaya pada rezeki masing-masing.
āDia tak percaya pada rezeki. Kelakar la awak. Takut persaingan ya.
āMelayu tak pernah nak maju, munculnya orang-orang macam inilah. Hasad dengki tak habis-habis,ā tulis netizen.
Pada Selasa, tular rakaman video seorang wanita dikatakan menyerang peniaga yang menjual menu serupa dan memberi amaran kepada peniaga itu untuk tidak lagi berniaga di kawasan berkenaan.
Video itu menarik perhatian ramai dan rata-ratanya tidak menyokong perbuatan wanita berkenaan.
Posting Komentar untuk "Terbongkar......Semua Ini Alasannya š±š±āBersepah-sepah tempat orang meniaga benda yg hampir samaā-Kec0h Makcik Nasi Lemak āviralā, Fahrin Ahmad Luah Pendapat Buat Ramai Setuju"