Wanita Kuatkan Hati Ikat Jamin Suami Di JAIS Krn Ditangkap KhaIwat. “Muka Sayu Hati Rasa Kosong”
Meskipun sudah mempunyai isteri, terkadang masih ada suami yang perasan bujang kerana mudah tergoda melihat wanita lain. Adakah mereka ini sudah lupa lafaz janji yang dibuat ketika akad nikah, iaitu untuk setia dan menyayangi bidadari mereka sepenuh hati? Tidak sekadar berskandal, lebih sedih lagi hingga berkesedudukan dalam rumah yang sama sehingga dicekup pihak berkuasa.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
BUKAN IKAT JAMIN SUAMI DI BALAI.. TAPI IKAT JAMIN SUAMI DI JAIS
Pahit, namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh seorang wanita ini. Berkongsikan kisahnya di TikTok, difahamkan saat itu dia sedang berada di JAIS bagi mengikat jamin suami yang telah ditangkap basah. Meskipun tiada tangisan menitis ke pipi, pandangan matanya yang kosong seakan cukup untuk menggambarkan kekesalan di lubuk hati terdalam.
Sukar diluahkan dengan kata-kata, dia menyifatkan kedukaan hatinya ketika itu hanya Allah saja yang tahu. Walaupun masih ada sisa sayang, namun semuanya terlerai setelah mengetahui diri dikhianati oleh suami yang sebelum ini merupakan insan paling dipercayai.
Dikongsikan kurang 24 jam yang lalu, video milik @ceoofdarkness tersebut sudah ditonton sebanyak 900 ribu kali. Sebak melihat pandangan matanya yang menyimpan 1001 rasa terkilan, mereka juga mendoakan semoga wanita ini terus cekal selain berkongsikan kenangan buruk sama.
KLIK LINK DI BAWAH:
Sumber:TikTok ceoofdarkness
Posting Komentar untuk "Wanita Kuatkan Hati Ikat Jamin Suami Di JAIS Krn Ditangkap KhaIwat. “Muka Sayu Hati Rasa Kosong”"