Aktifkan Javascript

Untuk mengakses blog blog saya, hidupkan Javascript di dalam pengaturan browser.
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira Kazar tanpa restu keluarga.“Ya saya sedih saya boleh tahan lg.. Tapi ibu Syamsul tu..” Sgt kecewa dengan pernikahan kedua Syamsul.. Yusof Haslam dedah keadaan isterinya..

KUALA LUMPUR: Penerbit terkemuka tanah air, Datuk Yusof Haslam berharap anaknya, Syam­sul bersemuka dan dapat memujuk Puteri Sarah Liyana dengan baik sekiranya benar masih menyayangi wanita tersebut.

Menurut Yusof, sebagai bapa, dia tidak lagi dapat berbuat apa-apa kerana Syamsul juga sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira Kazar tanpa restu keluarga.

“Sudah bernikah bukan? Jadi saya harap semua dapat teruskan kehidupan. Baik saya, isteri, Sarah, Syamsul, keluarga, semua kena move on. Benda sudah jadi dan tak dapat patah balik.

“Cuma saya harap Syamsul dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa secara berhemah.Kalau kena pergi mahkamah selepas ini pun, selesai cara baik. Kalau jodoh berpanjangan, lakukan terbaik.
“Kalau benar sayangkan isteri, jagalah dan pujuklah dia baik-baik sebab Sarah pun sudah lama makan hati. Ini, pujuk pun tidak. Kalau tiada jodoh pun, kena reda tapi tanggungjawab tetap kena jalankan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Selain itu, akui Yusof, dia tidak akan mencampuri urusan rumah tangga Syamsul dengan Ira memandangkan selama ini anaknya itu tidak mahu berbincang dengan keluarga.

“Saya doakan yang baik-baik buat anak, menantu dan cucu-cucu. Tetapi tentang urusan dia dan rumah tangganya dengan Ira, saya tak nak campur.Belum sampai waktunya untuk saya komen kerana nanti akan melukakan hati banyak pihak lain.

“Sebagai bapa, saya reda dengan apa yang terjadi. Cuma, sukar untuk saya buang rasa ralat kerana selama empat tahun ini, mengapa dia tidak mahu berterus-terang? Kenapa selama ini menepis dan menipu.

“Kalau mengaku daripada awal, ia mungkin dapat diselesaikan dengan cara lebih baik dan tidak sampai jadi bahan permainan panas di semua media massa,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof percaya, seandainya mana-mana lelaki yang mampu mahu mengamalkan poligami, perkara yang harus diutamakan adalah menggunakan saluran atau cara yang betul.


“Nak berpoligami tiada masalah kalau ikut cara yang betul. Tetapi bukan dengan cara senyap atau tak ada jawapan.

“Kalau isteri tahu daripada awal, mungkin ada pertimbangan. Tetapi kalau sampai bertahun-tahun ia jadi bahan rumor, ada yang tak kena cara. Sebagai lelaki sepatutnya Syamsul selesai dengan cara baik,”katanya.

Semalam, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengejutkan dunia seni hiburan tanah air dengan mendedahkan dirinya sudah mengahwini Ira berwalikan ayah mertuanya yang juga pelakon terkenal, Kazar Saisi.

Pengumuman tersebut secara tidak langsung menamatkan spekulasi hubungan Syamsul dengan Ira yang didakwa berlangsung sejak empat tahun lalu.

Video Player
01:02
03:24

–UTUSAN

Posting Komentar untuk "Sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira Kazar tanpa restu keluarga.“Ya saya sedih saya boleh tahan lg.. Tapi ibu Syamsul tu..” Sgt kecewa dengan pernikahan kedua Syamsul.. Yusof Haslam dedah keadaan isterinya.."